Saturday, April 3, 2010

ironis

dear lifeylife....

suatu masa dulu, mereka memanggil kita Malingsia. maling dalam bahasa indonesia bererti pencuri... kerana kononnya kita mencuri tarian reog mereka, batik mereka, wayang kulit mereka, ambalat mereka dan macam2 lagi...

kini, mereka memanggil diri mereka sendiri sebagai Republik Maling. maling masih bererti pencuri. kerana, pemimpin mereka melakukan korupsi besar2an, mencuri duit rakyat buat memenuhi poket mereka sendiri...

salahkah kita? bila kita mempunyai kebudayaan yang hampir serupa dengan mereka? salahkah kita, jika nenek moyang mereka, bermigrasi ke negara kita, membawa bersama kebudayaan mereka, berkahwin dengan orang kita, dan menurunkan kebudayaan mereka kepada anak cucu mereka yang kini merupakan warganegara kita? adekah kita mengklaim bahawa kebudayaan2 itu milik kita sahaja dan mereka langsung tidak berhak? rasanya tidak! kita cuma menghargai dan menghidupkan budaya nenek moyang kita... salahkah?

yang salah ialah korupsi! secara terang2an, mengambil duit rakyat! rakyat mereka yang memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk memajukan negara mereka. itu salah! salah apabila duit rakyat tersebut sepatutnya digunakan untuk membangun negara mereka, membantu rakyat mereka yang miskin yang berpeleseran di traffic light untuk meminta syiling rupiah yang tidak seberapa hanya untuk sesuap nasi, meningkatkan tingkat pendidikan mereka dan meningkatkan level kesihatan rakyat mereka. itu salah! bukan sahaja salah, itu zalim!

i rest my case...

4 comments:

Ummu Solehah Muhammad said...

bahasa kasar dia, ibarat meludah ke langit. hahaa, ayer ludah jatuh ke muka sendiri. sadiS!

Hawa CMS said...

sedih kan?
sngat selfish

Anonymous said...

well said doc

Hawa CMS said...

=)
just my 2 cents