Thursday, April 29, 2010

semalaman di IGD...

dear lifeylife....

tempat: IGD@Instalasi Gawat Darurat@Emergency Room
waktu/tarikh: 1-2am/27 april 2010
kejadian: a patient, Mr D, umur 25 tahun, dtg sbb terkepit kaki ms berkerja kat pelabuhan.. jari tengah kaki kiri da totally putus hanya lekat di kulit sahaja.. hantar x-ray, sah2 xdpt diselamatkan. kne buang. tgh mencuba menutup luka2 Mr D, terdengar suara Mrs M melolong2 menangis... owh, Adik R yg meningitis tu da meninggal.. last i sdiri check temperature Adik R malam td mmg tinggi.. 41.9 degree... then siap adik R seizure depan i lagi... uh.. tangisan Mrs M sngat menyedihkan! sambung menjahit kaki Mr D... tb2 IGD heboh! ade patient dr ward di lantai 8 baru lompat dan membunuh diri! mungkin mayat akan dibawa ke IGD!! wow! menarik! tunggu punya tunggu... xjadi! mayat trus dibawa ke kamar jenazah..

tempat: masih di IGD
waktu: 4++am
kejadian: IGD da quite lengang... melepak2 kat kaunter. kaki i da mmbengkak. mata da layu badan da sakit2 and kepenatan. masih cuba bertahan. datang 2org perempuan dan sorng lelaki ke kaunter dan lantas bertanya....

perempuan A: doc, Adik R yang tadi di sini, di mana ya?
nurse: owh sudah di kamar jenazah...
(muka perempuan A terkejut gila dan trus bertukar pucat)
perempuan A: loh??? kenapa???
(nurse mula serba salah)
nurse: eeerrr... udah meninggal...
(dan perempuan A pun jatuh terjelepuk di lantai di tengah2 IGD dan melolong2 menangis)
perempuan A: anakkuuuuu!!! anakkuuuuu!! ga mungkiiiiinnnn!!!

mungkin die balik utk rest kejap kot sbb muka die mcm baru bgn tdo... kesian die... takde mase anak die meninggal. sedih!

.::. belajarlah menyayangi ape je yg anda miliki skrng. org yg tersayang, anggota tubuh mahupun nyawa sbb kita tak tahu bile mendetu akn hilang dr kita...

Monday, April 26, 2010

i dont want both...

dear lifeylife...

nyut3~
kepala berdenyut
migrain dtg lagi
memberi amaran bahawa 'the few days of the month' akn segera bertandang
owh siksa nye
balik kije td meredah jem yg disbbkn oleh polis yg mngade2
smpai rumah makan mcm org kebulur sbb mmg tgh kebulur
then mula la melayan denyutan2 di kepala bagian kanan ini
later mula merasakan nak dok lam gelaaaap jek(photophobic) dsbbkan oleh migrain ni
esok da la oncall
bertugas kat Emergency Room plak tu
yaAllah semoga esok dan esoknya lagi berjalan lancar
migrain atau 1st day period pain sewaktu oncall 31hours stright adelah sngat menyiksakan


migrain???

OR

period pain???

Saturday, April 24, 2010

sile jgn bace post ni sambil makan...

dear lifeylife....

hari ni bergotong royong mencuci ulcus diabeticum/diabetic foot ulcers yang sngat WOW baunye kat ward Tim A(kat ward Tim B-C plak, ade patient yg kaki dia kene ulcus diabeticum gak and da xdpt nak diselamatkan so terpaksa la di amputate... kasihan...)
bertabah bertabah bertabah menyeka peluh sambil mengontrol pernafasan snirik
takkan la termuntah depan patient kan?
kesian la die kankankan???

ini lah dia
(gambar diambil utk tujuan case presentation later)

di ward Tim A juga, sorang patient mengidap Systemic Lupus Erythematosus(kalo rajin nak belajar sile click sini)
keadaan da sngat teruk. da melepuh2 dan lebam2 di kulit di seluruh badan... and td sebelum shift i abis, die sesak2 nafas, coz darah tak cukup dan die takde darah yg sesuai kat bank darah... temperature badan dia pun naik and die da sgt lemah.. donno wat else to do. sebelum balik, i just sempat squeezed her mom's shoulder and pesan suh the patient control her breathing(da kasik kanul oksigen)...

i wish isnin nnt die still ade di situ...
she's only 20
and ade anak sorang
very sweet 1 year old baby girl
sigh...

ps: hari jumaat lepas, anak die dtg melawat. sblm anak die dibawak balik oleh abg si patient, patient tu pesan kat anak die, "jgn cengeng ya, anak mama?(jgn kuat nangis ye anak mama?)", pastu the lil' girl cium bibir mama die.. ish sebak!

Friday, April 23, 2010

i am a panda bear.....

dear lifeylife....

i am a panda bear, coz i have a pair of panda eyes!!

bukti bahwa saye adelah seekor seorang beruang panda!

keluarga besar panda

penyebab kepandaan saya
kasut memanda cute sbb warne pink dan ade lace ikat ribbon

dari jendela tempat memanda
ye. tempat memanda berada di are Port of Tanjung Periuk

mahu tido!
sbb walaupun esok sabtu, namun saya masuk kerja!
tahniah buat diri saya!

Sunday, April 18, 2010

hal-hal mngarut!

dear lifeylife....

esok start kije
sabtu pun kije
ahad myb oncall
bilik tak kemas ag
smlm g cuci gambar pasport
silap size la plak
harini nak kene g cuci gambar pasport ag

i know! just go and pengsan skng! ngahaha!
aneh tetibe saye reti wat karangan lam bahase German~

ok! mengarut je sume ni
bye!

Friday, April 16, 2010

koja oh koja....

dear lifeylife...

ade keinginan nak bercerita pasal posting 19/4 nnt
tp mood tarak sbb badan tak sihat sngat
selsema dan batuk2 telah make my day unpleasant

well, takpe la
the point here is i dpt Rumah Sakit Umum Daerah Koja
dan yang membuatkan keadaan lebih interesting adelah hal ini dan ini terjadi right in front of RSUD Koja..
menakutkan aite? kawan2 yg tengah bertugas kat RSUD Koja terpakse berkurung lam hopital mase hal tersebut terjadi. kelaparan, dahaga, dan kepenatan.
Emergency room and operation room penuh dan sngat kelam kabut...

berdoa semoga bile i mula bertugas nnt, semua dah reda...
doakan saye ye kawan2~

Tuesday, April 13, 2010

wisuda...

dear lifeylife....
yay! da grad!
tp takle nak bercerita sngat ag
sbb now tgh demam batuk n bersin
myb sbb kepenatan...


atau myb tu just syndrome pasca penghantaran mereka ke airport...

sobsobsob~
rindu mereka!

Wednesday, April 7, 2010

we promised...

dear lifeylife....

kami sudah diangkat menjadi dokter muda. oyeh2~
smpai ke auditorium pkul 8pg. tanda tgn absensi. then dikasik breakfast box. lepak2 ngan kawan kejap. then dipanggil masuk ke audit. masuk je, mbak2 n mas2 yg uruskan majlis kasi briefing pasal majlis tersebut, practice perjalanan majlis a lil bit, then dekan, wakil dekan and the lectures masuk audit. ucapat alu2an skit, ucapan penyerahan kami dr wakil dekan 1 kepada dekan. then dekan terima and lead us tru out pembacaan janji tersebut. seterusnye dipanggil ke depan utk menandatangani perjanjian

terketar2 tanda tangan the certificate

with skill lab group(the bigger group)

the girls in our smaller skill labs' group

my certificate
apa yg kami janjikan? ours, perjanjian tu dalam bahasa indonesia tp more or less mcm ni la:-

At the time of being admitted as a member of the medical profession:

  • I solemnly pledge myself to consecrate my life to the service of humanity;
  • I will give to my teachers the respect and gratitude which is their due;
  • I will practise my profession with conscience and dignity; the health of my patient will be my first consideration;
  • I will maintain by all the means in my power, the honour and the noble traditions of the medical profession; my colleagues will be my brothers;
  • I will not permit considerations of religion, nationality, race, party politics or social standing to intervene between my duty and my patient;
  • I will maintain the utmost respect for human life from the time of conception, even under threat, I will not use my medical knowledge contrary to the laws of humanity;
  • I make these promises solemnly, freely and upon my honour.

Tuesday, April 6, 2010

kamera merahku syg!


dear lifeylife....

akhirnye!
incik camera merah tersyg telah bernyawa kembali!!!
setelah hampir setahun beliau berada dalam keadaan koma
hahahha~
tu laaa! sape suh TERbuang cable charger die. silly me!!! susah nak carik ganti plak tu
terpaksa la suh incik Khar carikkan kat ebay. dah jumpe satu hal plak nak kne pos kan.
1st attempt pos kabel tersebut tak berjaya plak tu. pakai hilang xsampai2 je kabel tu.
frust wooo frust! then incik Khar yg baek hati pun bukak la ebay sekali lagi dan membeli lagi kabel tersebut dan mengeposnye sekali lagi...
kemain menunggu, tak smpai2. da pasrah. siap call post office maki2 bertanya dgn sopan santun. die ckp suh g post office tnye sdiri. ah pasrah, then ptg tu, peeeweeiitt, smpai jugak akhirnye kabel yg ditunggu2! dan voila! cameraku akhirnye terjaga dr komanya yg panjang!
nice timing! sbb esok da janji koas(physician's oath) and 10hb nnt da grad then nak berjalan2 makan angin dengan keluarga tersayang ke bogor dan bandung...

cakap pasal berjalan2 ke bogor dan bandung, aritu mcm da risau da sbb diorng ckp macam akn start kije 12/4 right after grad 10/4 tu. which will be such a huge disappointment to me sbb nye plan nak jalan2 ke bogor-bandung 11&12/4 tu which is right after the graduation. if start kije 12/4, mana mungkin lah mengikut keluarga berjalan2 makan angin kan? dan yg paling sedihnye kalo start kije 12/4, takle la antar diorng ke airport 13/4 tu nnt! oh sedih wooo! takle bayangkan... but luckily, td da kuar da jadual die and start kije nye 19/4 and not 12/4!! oyeh2! happy! leh jenjalan ngan hati yg tenang!!!(dan tangkap2 gambar dgn puas hatinye sbb camera da hokey!)

ok da nak stop da
kekontangan idea
so...
babai~

.::. di sini, saya ingin menyampaikan berjuta penghargaan dan rasa berterima kasih kepada incik Khar atas jasa beliau untuk mengebay dan mengepos kabel tersebut kepada saya. ketahuilah, jasa beliau akan sentiasa saya kenang, terutama ketika sedang bergambar. hehe~

Saturday, April 3, 2010

ironis

dear lifeylife....

suatu masa dulu, mereka memanggil kita Malingsia. maling dalam bahasa indonesia bererti pencuri... kerana kononnya kita mencuri tarian reog mereka, batik mereka, wayang kulit mereka, ambalat mereka dan macam2 lagi...

kini, mereka memanggil diri mereka sendiri sebagai Republik Maling. maling masih bererti pencuri. kerana, pemimpin mereka melakukan korupsi besar2an, mencuri duit rakyat buat memenuhi poket mereka sendiri...

salahkah kita? bila kita mempunyai kebudayaan yang hampir serupa dengan mereka? salahkah kita, jika nenek moyang mereka, bermigrasi ke negara kita, membawa bersama kebudayaan mereka, berkahwin dengan orang kita, dan menurunkan kebudayaan mereka kepada anak cucu mereka yang kini merupakan warganegara kita? adekah kita mengklaim bahawa kebudayaan2 itu milik kita sahaja dan mereka langsung tidak berhak? rasanya tidak! kita cuma menghargai dan menghidupkan budaya nenek moyang kita... salahkah?

yang salah ialah korupsi! secara terang2an, mengambil duit rakyat! rakyat mereka yang memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk memajukan negara mereka. itu salah! salah apabila duit rakyat tersebut sepatutnya digunakan untuk membangun negara mereka, membantu rakyat mereka yang miskin yang berpeleseran di traffic light untuk meminta syiling rupiah yang tidak seberapa hanya untuk sesuap nasi, meningkatkan tingkat pendidikan mereka dan meningkatkan level kesihatan rakyat mereka. itu salah! bukan sahaja salah, itu zalim!

i rest my case...

Friday, April 2, 2010

BRIDGE... for a better education level..

dear lifeylife...

td tgok rancangan talk show Kick Andy kat TV
tentang BRIDGE, tentang teachers exchange and school partnerships between australia and indonesia. very interesting and inspiring! no wonder bahasa indonesia boleh dikatakan sngat dikenali di whole wide world.. selain memperkenalkan bahasa indonesia, mereka juga memperkenalkan kebudayaan indonesia kepada pelajar2 di australia. mereka juga cube menyerap cara dan persekitaran belajar-mengajar sekolah2 di australia ke indonesia. sangat menarik... bila malaysia nak buat program yg sama? for the best interest of our young students in malaysia..

.::. rindu zaman persekolahan....

being stalked is not cool at all!

dear lifeylife.....

stalker! i hate stalker! ade this one guy, he called himself aldi/ardi ntah yg mana satu, keep on calling me nak ajak borak. mende ni start lama da, b4 i pindah lagi, but b4 dis die ckp die bdak trisakti jgak, my batch kononnye. being as silly as me sbb mmg susah ingat org, i just simply percaya, but i tak layan la kan coz i dont know him. pastu da lame da die tak call or sms me, tp baru2 ni my ex-housemate kat rumah lama sms n tnye i kenal tak si mamat misteri ni coz he called and asked for my hp no(myb he lost it ke ape ke kan), kebetulan kawan i tu pun sama batch ngan me at skool so i asked her wether kami ade classmate yg nama aldi/ardi ni and she said no! so dah tau la kan yg si mamat ni menipu. bertekad lah mengabaikan die. then lately die start balik call, tatau la mana die jumpe balik my phone number. ok fine i really dont mind bfore this sbb it was just phone calls. rejek je la ape susah kan? and td b4 i kuar beli food for dinner, he called, past i bertegas la tnye sape ni, and he refused to tell me then i just simply ckp i xmo ckp ngan org i tak kenal n cepat2 letak phone. then later, i went out to buy the dinner. i wore t-shirt merah. balik bilik, settle2 and makan, then i received an sms berbunyi begini, "Hawa, kamu cantik banget klo pakai bju merah, #$%&*&^%(tulisan cine yg tatau maksud die ape),ok?".... wadehel?!! skeri ok skeri! skeri!! i tak kesah kalo die just call2 or sms2 je, but now bile i sedar yg he's out there and memerhatikan my every move bile i kuar, seriously skeri gile! what shuld i do??

anyway,
ingat nia ramadhani? yg blakon cite bawang putih bawang merah tu. br nikah, and she's only 19. and td TERtengok akad nikah die kat rancangan gossip kat TV, i can see diorng nye lafaz akad takde pun kene buat dlm satu nafas, rilek je mcm baca biase bernapas2. u know what i mean kan? bukan akad nikah kite kat mlysia, laki kene lafazkan akad dalam satu nafas ke??
and cincin kawin die, instead of using berlian ke, permata pape ke, diorng guna campuran darah nia and her husband. skeri tak pakai2 darah kat cincin? then nnt nak solat kene bukak cincin la, mana leh solat ade darah kat badan kan? wedding die, kononnye, bernilai Rp10milyar(read:10 billion rupiah)!! jap nak convert ke ringgit jap!

10000000000 IDR = 3,575,621 MYR

eeerrrr... betul tak bilangan zero yg i letak tu? hahahha!

.::. agak2 kan, kalo 10milyar tu wat beli food n ubat2 utk mangsa gempa haiti, brape org kite leh slamatkan ar?